Sunday, January 6, 2013
PENCAPAIAN PELAJAR PSAS DALAM PERTANDINGAN PIDATO BAHASA INGGERIS PERINGKAT POLITEKNIK MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa peserta lelaki Pidato Bahasa Inggeris PSAS,
SATHISHWARAN A/L RAMESHWARAN (DEM5B) berjaya memenangi PERTAMA di dalam
pertandingan Pidato Bahasa Inggeris sempena Majlis Tilawah Al-Quran
Al-Karim, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris 2012 Peringkat
Politeknik Malaysia KPTM yang diadakan di Politeknik Syed Sirajuddin,
Arau , Perlis pada 3hb September 2012 – 6hb September 2012. Tahniah
diucapkan!
Selamat Datang KePSAS
Politeknik
Sultan Azlan Shah (PSAS) mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama
Politeknik Tanjong Malim (PTM) adalah merupakan politeknik yang ke-15
ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan
perbelanjaan sebanyak RM 170 juta PTM ditubuhkan dalam usaha kerajaan
untuk menghasilkan tenaga separa profesional yang berkualiti bagi
menampung keperluan awam dan swasta. PTM ditempatkan secara sementara di
Sekolah Menengah Teknik Slim River.
PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang, Perak setelah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) pada 10 haribulan April 2003. Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur serta prasarana terkini menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif.
PTM dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadiPoliteknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Subscribe to:
Posts (Atom)